Featured Article
Latest Post

Wednesday, April 23, 2014

WAJAH BARU MEDAN SELERA ANGSANA IPOH MALL

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Perak Negeri Berkebajikan dan Salam Perak Aman Jaya
FOOD COURT ANGSANA IPOH MALL , GREENTOWN IPOH PERAK

Hari ni Teman nak kongsikan Foto-foto Terbaru yang baru sahaja Teman Ambil Malam semalam. Foto-foto Medan Selera Angsana Ipoh Mall yang baru sahaja siap dibina dan dinaiktaraf. Pusat Membeli-belah ini dahulunya dikenali sebagai Rainbow telah bertukar nama menjadi Pusat Membeli-Belah Greentown Mall.Namun pada tahun lalu 2013, Pusat Membeli-belah ini yang dimiliki oleh UDA Holdings Berhad telah membuat penjenamaan semula .Nama terkini Pusat Membeli-belah ini adalah ANGSANA IPOH MALL.

Banyak Bahagian yang telah dimodifikasi supaya nampak lebih bersih,kemas dan indah serta selesa untuk para pengunjung disini.Antaranya adalah menaiktaraf Medan Selera @ Food Court di ANGSANA IPOH MALL...

MOH KITE TENGOK APA YANG TELAH BERJAYA DIHASILKAN OLEH ARKITEK ::

Monday, April 14, 2014

TAMAN TEMA "MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS" (MAPS) BANDAR MERU RAYA ,PERAK

Assalammualaiku dan Salam Sejahtera
Salam Perak Negeri Berkebajikan dan Salam Perak Aman Jaya
TAMAN TEMA MOVIE ANIMATION THEME PARK MERU RAYA,PERAK
Khabar angin yang diwar-warkan pada tahun lalu akhirnya menjadi kenyataan . Papan tanda projek untuk Membina sebuah Taman Tema di Bandar Meru Raya ,Perak akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Semalam Teman sempat datang ke tapak projek berkenaan yang bersebelahan dengan Pusat Latihan Memandau Sri Perak Meru Raya,Perak.
TAMAN TEMA MOVIE ANIMATION THEME PARK MERU RAYA,PERAK
Pemaju yang akan melaksanakan projek Taman Tema "MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS" ini adalah Syarikat ANIMATION THEME PARK SDN BHD.
TAMAN TEMA MOVIE ANIMATION THEME PARK MERU RAYA,PERAK
Teman tidak ada info yang lengkap mengenai taman tema ini, entry seterusnya akan menyusul kemudian. Teman sebagai ANAK JATI PERAK berasa seronok kerana Bandar Meru Raya semakin pesat membangun dan maju dengan kehadiran pelopor-pelopor Industri pelancongan dan Pengangkutan.
TAMAN TEMA MOVIE ANIMATION THEME PARK MERU RAYA,PERAK
TAMAN TEMA MOVIE ANIMATION THEME PARK MERU RAYA,PERAK
TAMAN TEMA MOVIE ANIMATION THEME PARK MERU RAYA,PERAK

MAJULAH PERAK DARUL RIDZUAN ...UNTUK RAKYATNYA!

PISANG KEJU COKLAT MUMMY ROSES KAMUNTING

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Perak Negeri Berkebajikan dan Salam Perak Aman Jaya!
PISANG KEJU STRAWBERI MUMMY ROSES KAMUNTING,PERAK
Entry kali ini Teman akan menceritakan tentang keunikkan Makanan yang biasanya dijual di tepi jalan. Makanan ini adalah makanan biasa yang amat disukai ramai tatkala aktiviti "Mengeteh" di waktu petang. Makanan tersebut adalah Pisang Goreng. Semakin hari semakin banyak permintaan terhadap Buah Pisang. Pada suatu masa dahulu sampai tidak sempat masak buahnya ,telah di ambil buahnya untuk dijadikan kosmetik dan makanan. Kini harga buah pisang semakin meningkat seiring dengan perkembangan ekonomi global. Yang turun hanyalah harga "Kangkung" sahaja.hehehe...
PISANG KEJU COKLAT  MUMMY ROSES KAMUNTING,PERAK
Tidak perlu bercerita panjang lebar mengenai harga pisang. Ada kawan baik Teman beliau telah mengesyorkan kepada Teman untuk merasai kesedapan sejenis pisang goreng yang unik dan menarik. Pisang Goreng tersebut digelar sebagai PISANG KEJU COKLAT dan lain-lain. Pisang Goreng yang dahulunya dimakan panas-panas sedap dicicah dengan kicap telah di TRANSFORMASI kan menjadi Pisang goreng yang unik dan sedap. Rata-rata pelanggan yang datang ke gerai ini pastiya akan datang kembali.
PISANG KEJU COKLAT  MUMMY ROSES KAMUNTING,PERAK
PISANGKEJU .... ini terdapat beberapa perasa tambahan,antaranya adalah PISANGKEJU COKLAT, PISANG KEJU STRAWBERI , PISANG  KEJU BLUEBERRY , PISANG  KEJU OREO .. Gerai ini terletak berdekatan dengan Kem Askar di Simpang Empat Kamunting. Gerai ini hanya terletak di Tepi Jalan. dan mudah didapati dengan mata kasar. Harganya adalah berpatutan. Bagi yang biasa hanya RM3.00 sekotak dan Special RM4.00 sekotak. 
PISANG KEJU OREO MUMMY ROSES KAMUNTING,PERAK
Kreatifnya pemilik gerai ini mendapat sambutan yang hangat.Pada Hari Sabtu yang lalu Teman datang sekali lagi untuk membeli PISANG  KEJU COKLAT , namun perasa tersebut telah pun habis dijual.Alhamdulillah bisnes orang Melayu berjaya walaupun hanya menjual Pisang Goreng. Bukan semua peniaga yang mempunyai idea seperti ini. "Hendak Seribu Daya,Tidak Hendak Seribu Dalih".
HARGA PISANG KEJU ... MUMMY ROSES KAMUNTING,PERAK
Kepada rakan-rakan pembaca yang teringin untuk merasainya..boleh rujuk peta di Google Map sila taip Masjid Kamunting ...Saya pasti anda tidak akan menyesal sama sekali. Jika berkunjung ke Taiping Bandar Warisan ,Jangan Lupa Ya ..Singgah Gerai Pisang Keju Coklat Mummy Roses Kamunting!
SAHABAT TEMAN BERPOSING NAK BELI PISANG KEJU... 

Follow by Email

Busuk.org!

BLOGGER LAIN

Busuk.org!

CAHAYA KEAGUNGAN_since 2010. Powered by Blogger.