!-- Mobicow.com Ad Code Start : Do Not Modify --> PROSEDUR MENJALANKAN AKTIVITI PENGKLORINAN PERIGI | Blog Anak Jati Negeri Perak Darul Ridzuan

Thursday, September 15, 2011

PROSEDUR MENJALANKAN AKTIVITI PENGKLORINAN PERIGI


PROGRAM PEMBANTU KESIHATAN AWAM
KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SUNGAI BULOH
CAWANGAN REMBAU

 

PROSEDUR MENJALANKAN AKTIVITI PENGKLORINAN PERIGI



..............................................................................................................................................................

1-PROSEDUR PENGKLORINAN TELAGA
2-OBJEKTIF :

  • ·        Membekalkan air yang selamat ,mencukupi dan selesa.
  • ·        Mengurangkan transmisi penyakit berjangkit bawaan air.
  • ·        Membuat pemerhatian terhadap telaga
  • ·        Melakukan pengukuran telaga iaitu ketinggian paras air, lilitan luar dan dalam serta diameter.
  • ·        Mengambill sampel air telaga  iaitu untuk ujian-ujian in situ seperti:-
o   Ujian Kekeruhan air telaga
o   Ujian pH air telaga
  • ·        Melakukan pengklorinan air telaga dengan cara yang betul
  • ·        Mengenalpasti peralatan yang digunakan dalam pengklorinan perigi.
  • ·        Mengenalpasti Peralatan yang digunakan
  • ·        Dapat mengenalpasti kelarutan air dalam telaga
 ................................................................................................................................
3 – DATA PENTADBIRAN :

Nama Penduduk Kampung :En. Ahmad Tarmizi bin Tamat
Alamat                                 :No 42 ,Kampung Sungai Terap, Batu Gajah
Nama Kampung                  :Kampung Sungai Terap ,Batu Gajah
Mukim/Sektor                      :Sungai Terap
Negeri                                 :Perak Darul Ridzuan
Tarikh Pengklorinan            : 25 OGOS 2011


 .................................................................................................................................
4 -KAEDAH DAN TATACARA :
 4.1– PERALATAN DAN BAHAN :
PERALATAN :
  • §  TALI BESERTA PEMBERAT (LADUNG)
  • §  PITA UKUR
  • §  SUDU BESAR
  • §  BALDI STAINLESS STEEL
  • §  KALKULATOR
  • §  ALAT TULIS-KLIP BOARD,PEN,KERTAS A4 DLL
  • §  KAPAS                                              
  • §  SPIRIT

  • §  CAWAN
  • §  TRAY ALUMINIUM
  • §  KOMPARATOR
  • §  KAIN KECIL BERSIH DAN KERING
  • §  PEMETIK API
  • §  SUDU CINA
 

BAHAN-BAHAN :
  • §  SERBUK KAPOR KLORIDA@KALSIUM HIPOKLORIT












...................................................................................................................................................................
4.2-KAEDAH ATAU TATACARA :
PROSEDUR :
  • §  Mengenalpasti lokasi perigi yang menjadi sumber air minum.
  • §  Sediakan peralatan dan bahan untuk pengklorinan.
  • §  Menentukan isipadu air dalam perigi dengan menggunakan tali berladung dan pita ukur.
  • §  Turunkan tali berladung hingga mencecah dasar perigi
  • §  Catat ukurannya dengan menggunakan pita ukur
§  Contoh :X= masukkan tali yang sama dan ambil ukuran setakat permukaan air sahaja.
 
                   Y,= Kedalaman air dalam perigi =
                                                             (X-Y)meter/kaki

§  Kirakan JUMLAH KAPUR KLORIDA MENGIKUT formula berikut :

KAPUR KLORIDA  =   D² x W x ppm*
                                               380
                               
 
  • §  Menentukan dos klorin berpandukan keadaan air
  • §  Masukkan air separuh ke dalam baldi plastic@besi
  • §  Sukat jumlah kapor klorida (yang kekuatannya telah ditentukan )dengan sudu makan (1 oz.)
  • §  Masukkan sukatan kapor klorida ke dalam baldi dan bancuh hingga rata
  • §  Ikatkan tali pada baldi dan turunkan bancuhan kapor klorida ke dalam perigi
  • §  Kocakkan baldi untuk mengeluarkan larutan tersebut supaya dapat larut dngan rata dan sebati
  • §  Tunggu selama 30minit untuk tindakbalas larutan tersebut berlaku dalam perigi
  • §  Ambil bacaan baki klorin dan rekodkan
  • §  Bersih dan keringkan peralatan dan simpan ke dalam bekasnya.


KAPUR KLORIDA  =   D² x W x ppm*
                                               380
                               

D      = GARIS PUSAT/DIAMETER
W     =KEDALAMAN AIR (TINGGI PARAS AIR)
380  = ANGKATAP
*       = TAHAP AIR

Pengiraan Sukatan Klorin
Data :
Diameter                = 4kaki
Kedalaman Perigi  = 20 kaki
Kedalaman Air        =6 kaki

TAHAP AIR
SUKATAN ASAS KLORIN ppm
Air Jernih
5ppm
Air Keruh
10ppm
Air Berlumpur
15ppm

                        = 4² x 6 x 10ppm
                          380

             = 16 x 6 x 10ppm
                          380
             = 2.52 oz
              (1 oz bersamaan 1 paras sudu cina)
............................................................................................
***Tahukah anda cara-cara nak tukar unit METER(m) ke unit KAKI (ft) ?

saya bantu anda... sebagai contoh 1.5meter hendak ditukarkan keapda unit KAKI (ft)menggunakan kalkulator saintifik :

  • tekan 1.5 kemudian 
  • tekan butang SHIFT(bewarna kUniNg) 
  • kemudian Tekan CONST(berwarna PuTiH)
  • TEKAN 04 
  • TEKAN butang SAMA DENGAN/EQUAL/ = 
  • 4.92 KAKI... :)



KALAU DAH BACA PROSEDUR INI TOLONG BERI KOMEN DAN KALAU ADA SALAH DAN SILAP SILA PERBETULKAN 
TERIMA KASIH 
PELATIH PEMBANTU KESIHATAN AWAM 
PEJABAT KESIHATAN DAERAH 
KINTA,BATU GAJAH .PERAK DARUL RIDZUAN

6 Komentar Cerdik Pandai...:

Lurvy.vains.fl said...

D aje ke D square yg betul ni?

DeritaMerindu_se said...

D KUASA 2...:)

Dazzlyn Kenneddy said...

boleh tak kalo sy pinjam gambar saudara utk masukkan ke dalam report saya? kalo bolehlah..

Anonymous said...

perfect.. :)

Anonymous said...

buli ba kalau kau...

dde mimit said...

salam, tumpang tanya ckit...380 (angka tap) tu kiraan dari mana ya...?

Post a Comment

Follow by Email

Busuk.org!

BLOGGER LAIN

Busuk.org!