Tuesday, December 13, 2011

BAS RAKYAT 1 MALAYSIA / PERAK AMAN JAYA DI MANJUNG

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Perak Negeri Berkebajikan dan Salam Perak Aman Jaya!


Setelah semalam saya membuat suatu post/Entry mengenai
Terminal Bas Ipoh/Ipoh Sentral .
Pada hari ini saya pula akan menyentuh sistem pengangkutan yang paling popular iaitu BAS.
Penambahbaikkan sistem bas dan menghidupkan semula sistem bas yang telah lumpuh selama 4 tahun di Daerah Manjung iaitu Daerah Maritim di Perak.

Setelah lama saya mencari di Google gambar-gambar bas RAKYAT 1 MALAYSIA,tetapi tidak terjumpa walau satu pun. Walaubagaimanapun Allah S.w.t telah memberikan saya peluang untuk melihat bas tersebut melalui seorang Blogger yang berasal dari Manjung,Perak iaitu EN.FAIZ AHMAD  beliau merupakan salah seorang daripada Blogger Perak  dan Kumpulan Blogger IPT Malaysia.

Beliau telah membuat satu entry di blog beliau dan menceritakan serba sedikit mengenai Bas RAKYAT 1 MALAYSIA yang dikenali sebagai BAS PERAK AMAN JAYA.
Kagum saya melihat bas-bas tersebut yang boleh dikatakan sebagai "owesome" dan "chomel".
dengan gabungan warnanya.

 tempat duduk yang selesa
 mempunyai skrin television
 begitu sesuai dengan tema bandar maritim
 BAS Buatan Higer ,jarang digunakan.walaubagaimanapun.nampak chomel :)
keselesaan ketika memandu,menggunakan enjin belakang
EXCO Kerajaan Negeri Perak Dato' MAH
 Lampu mata katak,chomel :)
Papan tanda Oleh Kerajaan Negeri Perak
..............................................................................................................................................................
24/07/2011 - Perkhidmatan Bas Rakyat 1Malaysia di Manjung bakal jadi model di negeri lain
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beberapa Menteri Besar sudah pun menghubungi beliau dan menunjukkan minat untuk mengguna pakai konsep yang sama.
Katanya, perkhidmatan Bas Rakyat 1Malaysia yang melibatkan perkongsian pintar antara kerajaan negeri dengan pihak swasta bernilai RM4.3 juta itu dilancarkan bagi mengatasi kesulitan orang ramai yang tidak memiliki kenderaan sendiri.
"Bagi mengatasi kemelut tersebut, kerajaan negeri bersama Syarikat Bas GBP Corporation Sdn. Bhd. bersetuju mengadakan perkhidmatan pengangkutan awam di beberapa destinasi di sekitar daerah Manjung," katanya.
Katanya, dengan pelancaran Bas Rakyat 1Malaysia itu, kerajaan negeri secara tidak langsung telah melunaskan satu lagi janji mereka kepada rakyat khasnya kepada penduduk di Manjung.
"Perkhidmatan bas awam itu yang dilaksanakan dengan usahasama antara kerajaan negeri dan pihak swasta membuktikan perancangan yang diumumkan kerajaan bukan omong kosong seperti dituduh pihak pembangkang sebelum ini.
"Hari ini kita telah buktikan kepada mereka. Janji kita yang mahu hidupkan perkhidmatan bas di Manjung yang telah terhenti selama 4 tahun kini telah pun mula beroperasi secara rasminya," katanya.

Jadual perjalanan bas RAKYAT 1 MALAYSIA/PERAK AMAN JAYA!

Yang mana baik dijadikan teladan,
Yang mana buruk dijadikan Sempadan!

TERIMA KASIH! 

1 Komentar Cerdik Pandai...:

Pink Lavender said...

done follow kamu
jom follow makneng

Post a Comment

Follow by Email

Busuk.org!

BLOGGER LAIN

Busuk.org!