Wednesday, December 7, 2011

Penyakit Bawaan Air dan Makanan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Perak Negeri Berkebajikan dan Salam Perak Aman Jaya
Kami Sedia Membantu

Penyakit Bawaan Air dan Makanan.

Penyakit ini berlaku apabila terdapat pencemaran terhadap air dan makanan oleh unsur-unsur yang boleh mengakibatkan penyakit bawaan air dan makanan.
Penyakit ini sering berlaku apabila terjadinya banjir di sesuatu kawasan, makan di gerai /restoran yang pengendalinya tidak menjaga kebersihan serta tidak mendapatkan suntikkan ANTI-TIFOID bagi mengelakkan penyakit Tifoid tersebar melalui makanan.
Selain itu,penyakit ini juga berpunca daripada makanan laut yang tercemar ataupun tidak di masak dengan secukupnya.
Penyakit ini juga boleh merebak melalui makanan dan air yang tercemar (fecal oral)

Senarai Penyakit Bawaan Air dan Makanan  :


               NAMA PENYAKIT             NAMA AGEN/BAKTERIA

  • Penyakit KOLERA/TAUN                             (Vibrio Cholerae)
  • Penyakit Demam Tifoid/Demam Kepialu         (Salmonella Typhi)
  • Keracunan Makanan                                       (Staphlococci &Botulinus serta lain-lain)
  • Hepatitis A                                                      (Virus Type A)
  • Disentri                                                           (Bacillus dll )
  • E.Coli                                                             (Escheria Coli)

Secara umumnya bagi setiap penyakit mempunyai gejala dan tanda-tanda yang tersendiri bagi menunjukkan kehadiran penyakit tersebut kepada seseorang.Yang pastinya penyakit-penyakit ini boleh membawa kepada maut jika anda tidak mendapatkan rawatan susulan yang lebih lanjut dalam masa yang ditetapkan.


Disini saya sediakan beberapa gejala dan tanda-tanda umum yang berlaku :


  • Cirit-birit (Kolera) (Keracunan Makanan) (Hep A)
  • muntah  (kolera)   (Keracunan Makanan) (hEP A)
  • Dehidrasi (kekurangan/khilangan air dalam badan) (Kolera)
  • Loya (nausea)berlaku tiba-tiba  (Kolera) (Keracunan Makanan)
  • Demam Panas Berpanjangan (Tifoid)
  • Rose spot  (Tifoid)
  • keletihan dan bengkak limpa (splenomegaly)  (Tifoid)
  • bengkak hati (hepatomeggaly)  (Tifoid)
  • Hilang Selera makan (Keracunan Makanan)
  • Jaundis (kuning)  (hEP A)
  • Sakit Abdomen yang teruk  (E.Coli)
  • Mild Diarrhea (E.Coli)
  • Sel darah merah musnah dan kerosakkan hati (E.Coli)

Bila anda mempunyai tanda-tanda dan gejala-gejala ini anda seharusnya bertindak dengan berjumpa doktor atau pakar perubatan dengan kadar yang segera. Jangan sesekali memandang enteng dengan apa yang berlaku pada diri anda!


Cara-cara pencegahan dan pengawalannya (umum) :

  • Kawalan Persekitaran
  • Pastikan air untuk diminum dan sebagainya dimasak terlebih dahulu supaya tiada unsur-unsur bakteria.
  • Pengendali makanan yang pernah mengalami penyakit Hepatitis A..tidak dibenarkan sama sekali menjadi Pengendali Makanan kerana terdapat kuman yang tersembunyi di dalam badan yang masih pendam.
  • Pastikan Punca air berjauhan dengan tempat pembuangan sampah ataupun Tandas.(TELAGA)
  • Sentiasa menutup makanan dan minuman yang dihidangkan.
  • Memastikan daging,ikan,ayam dan sebagainya simpan di dalam peti sejuk jika tidak digunakan.
  • Pengklorinan Telaga oleh Pihak Kementerian Kesihatan

Pesanan Ringkas:AWASI ANAK-ANAK ANDA SERTA KELUARGA ANDA APABILA 
                          BERLAKUNYA BANJIR DI KAWASAN ANDA KERANA ,PENYAKIT-
                          PENYAKIT INI BOLEH MEREBAK MELALUI AIR YANGTERCEMAR.

                          SELAIN ITU,MAKANLAH DI PREMIS-PREMIS MAKANAN YANG BERSIH !


Klik untuk lebih lanjut :
           Typhoid Mary 2
                        Typhoid Mary 3

Foto-foto mengenai penyakit Bawaan Air dan Makanan :
Bakteria Salmonella typhi
Bakteria Staphlococus

Virus Hepatitis A


Rose Spot of Tyfoid Fever

TERIMA KASIH KERANA ANDA MENGAMBIL BERAT TENTANG KESIHATAN ANDA DAN KELUARGA ANDA!

2 Komentar Cerdik Pandai...:

Post a Comment

Follow by Email

Busuk.org!

BLOGGER LAIN

Busuk.org!