Thursday, February 2, 2012

Kolam Renang MAJLIS BANDARAYA iPOH (MBi)

Aktiviti hari ini adalah salah satu aktiviti bagi memenuhi kehendak Buku Log Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh .Membuat Pemeriksaan di Pusat Rekreasi Air.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Perak Negeri Berkebajikan dan Salam Perak Aman Jaya
Papan Kenyataan Kolam Renang Majlis Bandaraya Ipoh
Kami berkumpul di Pusat Kompleks Kolam Renang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kira-kira jam 8.40 pagi . Bersarapan sekitar jam tersebut di Medan Selera Stadium Perak,Ipoh.
Papan Tanda Larangan
Pada jam 9.20pagi Kami semua  memulakan aktiviti dengan berkenalan dengan PPKP daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Cik Ida dan dengan Staff-staff Kolam Renang ini iaitu En .Suhaimi dan seorang lagi (tiada nama,lupa nak tanya..hehehe).
Pelatih PKA & PPKP sedang mendengar taklimat 
Berehat sebentar 
Kami semua dibenarkan masuk ke kawasan Kolam Renang .Pihak MBI memberikan taklimat kepada kami tentang bilangan kolam yang terdapat disini dan menyatakan fungsi bagi setiap kolam.
Terdapat 2 Buah kolam yang Cetek yang digelar sebagai "Kolam Kanak-kanak" dan "Kolam Belajar" .Kolam ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan 
bebas memakai apa-apa sahaja pakaian.
Kolam Renang Untuk Atlet
En Rahisham, En Fauzi (Pelatih PPKP KIST),Christianus
Selain itu kami juga ditunjukkan dengan Kolam yang ketiga dan Kolam yang keempat yang digelar"Kolam Berombak" .Kolam keempat ini akan berombak seperti ombak dilautan ,
kolam ini juga adalah dalam .
kOLAM oMbAk RiNDU
Walaubagaimanapun sitem pam yang membuatkan ombak di kolam ini telah rosak kira-kira 2 tahun yang lalu.
Yang paling Hadapan. En.Razak aka. Jac Kinta...
Kolam seterusnya adalah kolam 5 dan Kolam 6. Kolam-kolam ini adalah hanya dibuka kepada Atlet-atlet/JPA/BOMBA/KOMANDO dan agensi-agensi yang lain bagi tujuan latihan sahaja .
Kedalaman Kolam ini mencecah 5 Meter.
Gayat La ,dekat Tingkat 3(Platform, acara terjun)
Kolam Renang Utama Kompleks Renang Majlis Bandaraya Ipoh (MBI)
Disini juga kami diberi peluang untuk menaiki platform bagi acara terjun .Kami menaiki sehingga ke tingkat 3 sahaja.
Jumlah kesemua platform ada 4. 
Disebabkan agak gayat hanya tingkat
 3 sahaja berjaya "ditawan".
Mengambil Sample Air bagi tujuan Analisa Mikrobiologi bagi air terawat  Menggunakan THIO BAG
Mengukur tahap Pengudaraan/oksigen dalam air
Di sini kami juga telah menganbil sampel air terawat sebagai salah satu task kami di dalam Buku Log Pembantu Kesihatan Awam Mahupun Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran .
Ujian In-Situ juga dilakukan oleh kami semua secara bergilir-gilir.
Peralatan yang kami bawa untuk tujuan Ujian Fizikal air dan Persampelan air adalah seperti  :
-Pocket Chlorinemeter
-Comparator(Lovibond)
-pH meter (Hach)
-Turbidity (Hach)
-Whirl-pack
-Thio bag
-DPD Reagent
-Cool Box 
-Thermomether
dsb...

Kami seterusnya dibawa ke loji pemprosesan Air bagi tujuan penggunaan Kolam renang.Loji ini adalah loji yang ringkas yang digunakan bagi tujuan Pengklorinan dan penjernihan air.
Kolam Balancing
2 jenis Klorin digunakan  iaitu :
Serbuk Klorin 90% digunakan ketika klorin di siang hari (6Kg)
Serbuk Klorin 70% digunakan ketika klorin di Malam hari (6Kg)
Kolam Renang..
Baki klorin yang sepatutnya dibaca ketika melakukan ujian In-Situ adalah dalam lingkungan 3-5ppm (part per-million)
Serbuk Klorin untuk Pengklorinan.
Bagi tujuan Penjernihan air,mereka menggunakan "Soda Ash" dengan kuantiti 50kilogram bagi 3 hari.
Soda ASH
Di loji air kolam renang ini ,air diterima daripada bekalan air sedia ada dan dimasukkan ke kolam takungan "balancing" 
seterusnya di pam ke tangki pengklorinan dan s
eterusnya lagi ke Tangki Penapisan.
Akhir sekali air akan dialirkan secara Graviti 
ke setiap kolam-kolam Renang.
Jangan tiru aksi ini ,BERBAHAYA!
Jangan tiru aksi ini ,BERBAHAYA!
Kami semua telah mendapat suatu pengalaman yang baru ketika melakukan lawatan sambil belajar pada kali ini Pengalaman memasuki Pusat Kompleks Kolam Renang MBI.Pengalaman memanjat tangga  yan tinggi untuk melihat tangki penapisan air . Pengalaman menaiki platform Kolam renang dan berbagai-bagai pengalaman lagi yang tidak dapat dinyatakan.
EXcited nyer hahaha...
Terima Kasih dan Sekalung Penghargaan Buat Ketua Unit Kawalan Mutru Air Minuman (KMAM) Pejabat Kesihatan Daerah Kinta) En.Rahisham dan Pembantunya iaitu En.Razak kerana telah 
mengatur program ini buat kami semua.
Dari Platform 3
Melalui Program seperti ini kami juga boleh mengeratkan silaturrahim yang telah terbina mahupun yang belum terbina.
Kerjasama daripada Pihak Atasan mahupun Pihak Bawahan akan membawa kepada suatu perubahan yang Positif dan memberikan keyakinan bagi melaksanakan sesuatu pekerjaan.
*** Catatan dalam buku Hussein yang ditulis oleh ? 
Pelatih PKA T2S1..
Siapakah ???

"Hidup SEPAKAT Membawa BERKAT"
___________________________________________
______________________
Pelatih Pembantu Kesihatan Awam 
T2S2:
Meor Mohd Adzim
Christianus
Hussein Fauzi
Edmond

T2S1:
Izzat
Hisyam
Farhan

Pelatih Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran :
T3S2 :
Bella
Linda
Dazz
Pipi
Baccy
Ika
Anne
Hui
Maziah
Jess

Fauzi (KIST)

8 Komentar Cerdik Pandai...:

haniekunie said...

dwah.. tak pernah masuk pun sini

Anonymous said...

nice work... tp kan, ada la minor errors..tp xpe, kte manusia biasa, mesti da wat silap kan..
tp xkisah la, sebab sy pegi jugak..jd tau mana part betul mana x..hehe...=)

Anonymous said...

meor, ada x result pemeriksaan? pp

Anonymous said...

secara 'bergilir-gilir' kew??

Norzatul Nabihah said...

lame tak mandi kolam..hehe..da follow u..hope u follow me back..=)

Syazana Zainn said...

salam, hai just nak tanya kolam renang dekat mbi ni ada open class utk budak tak? kalau ade berapa yuran eh?

-bw here :)

Meor Adzim said...

:) x pasti la cik syazana.. sila hubungi majlis bandaraya ipoh untuk info .. :)

WE ARE ONE STOP CENTER POOL CHEMICAL SUPPLIER said...

WE ARE ONE STOP CENTER POOL CHEMICAL SUPPLIER
We supply all kinds of pool chemical.
We supply all kinds of water treatment chemical.

- NICLON 70 G
- NICLON 70 T
- NEO-CHLOR 90 G
- NEO-CHLOR 90 T 200gm
- LIFESTYLE 90 G
- LIFESTYLE 90 T
- SUN-CHLON 70 G
- WaterChlor 70 G
- HTH 70 G
- TCCA 90 G
- OXYCLOR TCCA 90 G
- TCCA 90 T
- HiClon 70 G
- Nissan TCCA 90 G
- Soda Ash Dense
- Alum

WE ARE ONE STOP CENTER POOL CHEMICAL SUPPLIER
We supply all kinds of pool chemical.
We supply all kinds of water treatment chemical.

- NICLON 70 G
- NICLON 70 T
- NEO-CHLOR 90 G
- NEO-CHLOR 90 T 200gm
- LIFESTYLE 90 G
- LIFESTYLE 90 T
- SUN-CHLON 70 G
- WaterChlor 70 G
- HTH 70 G
- TCCA 90 G
- OXYCLOR TCCA 90 G
- TCCA 90 T
- HiClon 70 G
- Nissan TCCA 90 G
- Soda Ash Dense
- Alum

For further information, please contact Nazri @ 0162408515 / 0192451185 . Thank you

Post a Comment

Follow by Email

Busuk.org!

BLOGGER LAIN

Busuk.org!