Friday, April 20, 2012

TANDA-TANDA & GEJALA DIGANGGU JIN & SYAITAN

Jin dan Syaitan adalah Makhluk Allah s.w.t yang kita tidak boleh lihat dengan mata kasar,kecuali dengan menggunakan cara yang tertentu.Jin dan Syaitan ini ditugaskan untuk menyesatkan manusia supaya manusia alpa dan leka dengan duniawi dan melupakan terus akhirat kelak.
gambar hiasan :ehsan Google.com.my 

Maksud Jin Dalam ISLAM

'Jin'ﻦﻲﺟ (jinnie) atau (genie) merupakan sejenis makhluk halus yang dicipta dari api. Jin berbeza dengan malaikat. Malaikat semuanya beriman, sedangkan jin ada yang beriman dan ada yang kafir dan seperti manusia. Sebahagian jin ada yang taat kepada Allah dan sebahagian yang ingkar dengan perintah Allah. Begitu juga dengan kewajipan jin seperti juga dengan manusia.


Jin dan manusia memiliki kewajipan menyembah Allah.Rujukan :


Surah al-Dzariyat : ayat 56

"Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Ku (Allah)".

Surah al-an'am : ayat 130

"Wahai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dan golongan mu sendiri, yang menyampaikan kepadamu tentang ayat-ayat Ku dan membei peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata : Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri, kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahawa mereka adalah orang-orangyang kafir".

Di antara jin ada yang mendengar Al-Quran yang dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. kemudian mereka menyampaikan apa yang didengarkan kepada kaumnya. Sebahagian kamunya itu ada yang percaya dengan apa yang disampaikan oleh kawannya itu. Sedangkan sebahagian yang lain tidak mempercayainya. Mereka yang percaya akan memperoleh pahala, sedangkan yang tidak percaya dan menginkarinya akan diseksa di neraka kelak.Rujukan :

Surah al-a'raf : ayat 179

"Dan sesungguhnya, telah kami ciptakan untuk isi Neraka jahannam kebanyak dari jin dan manusia (mereka yang kafir)"


Sedikit sebanyak Mukadimah mengenai Jin telah DM sampaikan di atas .Entry pada kali ini ,DM ingin berkongsi dengan anda tanda-tanda apabila kita(manusia) Di ganggu oleh JIN.
Gambar Hiasan:Ustaz Haron Din (Darul Syifaa') Merawat penyakit gangguan syaitan dan jin. (ehsan Google.com.my)

1.Tanda-tanda Gangguan Ketika Sedar :
  • Sakit Tulang Belakang
  • Sakit Kepala tanpa sebab (klinikal)
  • Sakit bahagian tulang rusuk kiri
  • Istihadah bagi darah yang keluar melebihi 15 hari
  • Terasa sesuatau mengekori dan melintas di belakang anda
  • Sering sesak nafas terutama pada waktu maghrib dan tengah malam
  • Timbul rasa takut tanpa sebab
  • Takut ziarahi Jenazah
  • Dengar Bisikan yang meminta melakukan sesuatu yang dilarang Allah swt seperti Bunuh Diri
  • Ragu-ragu tentang keimanan
  • Rasa seperti hampir menemui ajal
2.Tanda-tanda Gangguan Jin Ketika Tidur :
  • Seringkali mimpi menakuitkan seperti mahkluk halus
  • Sering di himpit sesuatu ketika tidur
  • Sering kali bermimpi binatang berbisa
  • Mimpi bayi dan kanak-kanak
  • Mimpi jatuh dari tempat  tinggi
  • Mimpi ke tempat kotor,menakutkan dan bunyi
  • Dengar suara yang datang menyergah ketika tidur
  • Rasa sesuatau yang menyentap kaki ketika mata hampir terlelap
  • Sukar untuk tidur waktu malam
  • Terdapat kesan lebam ketika bangun dari Tidur
Rawatan Ruqyah ...

like Fan Page Cahayakeagungan
Itu sedikit sebanyak tanda-tanda yang merujuk kepada orang yang terkena gangguan jin.DM dapat info ini daripada sekeping risalah air penawar /makanan tambahan bagi menyihatkan badan yang dihasilkan oleh Darul Furqon Terapi .Sama-sama kita ingat-mengingati 


Insan Sihat
Islam Terbaik!

4 Komentar Cerdik Pandai...:

AISYAH AQILA said...

terima kasih atas info :)

Meor Adzim said...

sama2.. Info yang baik perlu dikongsi bersama kan? :)

adilah natsumi said...

sakit tlang blakang,ragu2 tntg keimanan,sakit kpala tiba2..dhmpit sesuatu,mimpi byi n bntang brbisa,suara mnyrgah ketika tdur,kaki direntap,..tu ada dr kck smpai skrg..bgn tdo gatal2..kdg2 mimpi ulek myg tngah mnari..ble jmpa ustaz katenye ulek myg tu diri sndri ngn kakak..ada gak mimpi kg,chaya,org tua n mimpi boleh ubtkan org kna rasuk..tp bla pi brubt yg kna rasuknya kakak..bnyk kali plak tu,.wk2 tu xda lngsg rasa takut,brani lg ada la,.smpai skrg masih kena bnda yg sama..smpaikan dh xda rasa tkut dlm hati..dh muak rasanye

Meor Adzim said...

mungkin itu dugaan yang diterima oleh cik adilah....bersabarlah pasti ada jalannya. :)

Post a Comment

Follow by Email

Busuk.org!

BLOGGER LAIN

Busuk.org!