!-- Mobicow.com Ad Code Start : Do Not Modify --> PEMBUKAAN PASARAYA BORONG MYDIN TERBESAR DI MALAYSIA (MYDIN MERU RAYA) | Blog Anak Jati Negeri Perak Darul Ridzuan

Friday, May 18, 2012

PEMBUKAAN PASARAYA BORONG MYDIN TERBESAR DI MALAYSIA (MYDIN MERU RAYA)

JUMAAT-18 MEI 2012 menjadi titik sejarah bagi Syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD selepas berjaya membuka sebuah lagi Pasaraya Besar Yang Bekonsepkan Pusat Membeli-Belah yang Memenuhi Citarasa Masyarakat pada masa kini. Pada pagi tadi sekitar jam 8.00pagi,Majlis Pembukaan Pasaraya Borong Terbesar Di Malaysia Telah diadakan di Bandar Meru Raya,Ipoh Perak. 
Majlis dimulakan dengan Alunan muzik bersempena dengan kehadiran Tetamu Kehormat Tuan MYDIN MOHAMED serta Isteri dan juga Ahli-ahli syarikat MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD yang lain. Untuk Pengetahuan umum, Tuan Mydin Mohamed merupakan Pengasas serta Pengerusi MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD. 
Pembukaan Pasaraya Borong MYDIN pada hari ini merupakan suatu sejarah yang telah tercipta. Untuk pengetahuan pembaca,Pasaraya Borong MYDIN sebenarnya telah dirancang sejak tahun 2006 lagi.Walaubagaimanapun terdapat beberapa masalah sehingga projek pembinaan Pasaraya Ini mempunyai beberapa Kesulitan .Pada 18 Mei 2012,Alhamdulillah Pasaraya Borong MYDIN telah berjaya dirasmikan dengan jayanya.Sudah Pasti Kegembiraan terukir di wajah setiap rakyat di negeri Perak ini ,Khususnya rakyat sekitar Ipoh Kerana sudah pastinya MYDIN akan memberikan harga yang terbaik bagi kesenangan rakyat di Perak ini.
Pasaraya Borong MYDIN ini adalah salah sebuah pasaraya yang mesra pengguna.Terdapat Pekhidmatan Kauter Pertanyaan yang sedia membantu,Surau yang selesa buat pengunjung Muslim,Tandas yang sempurna serta tandas untuk orang kurang upaya (OKU),mesin ATM,pentas yang telah sedia ada,Medan Selera(Rasa Village),Restoran Makanan Segera,Parkir Kereta Berbumbung,serta beberapa keistimewaan yang lain.Lokasinya yang strategik telah menyebabkan berlakunya pembagunan di kawasan sekililing Pasaraya Borong MYDIN ini. Bertentangan dengan TERMINAL BAS IPOH ,akan merancakkan lagi jumlah pengunjung di pasaraya ini.Terminal Bas Ipoh ini pula akan dibuka tidak lama lagi.
Upacara Simbolik Memotong Reben Oleh Pengasas dan Pengarah MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD
Meriahnya suasana!
Segala Pembagunan yang telah sedia ada akan dipertingkatkan dari masa ke masa oleh pihak Kerajaan Negeri Perak. Serta Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Bandaraya Ipoh).Sejarah juga mula tercipta apabila Pasaraya Borong MYDIN yang telah dirasmikan pada pagi tadi merupakan PASARAYA BORONG MYDIN YANG TERBESAR DI MALAYSIA. Itulah keistimewaan Negeri Perak.
Simbolik (Pelanggan Pertama Mydin Meru Raya) Oleh Pengasas dan Pengarah
 MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD
Pelaburan yang telah dibuat oleh pihak MYDIN MOHAMED HOLDINGS BERHAD pula adalah sebanyak RM200juta. Sebanyak RM150juta adalah dana yang digunakan bagi menyiapkan banggunan serta maintenance bagi banggunan tersebut manakala baki selebihnya sebanyak RM50juta pula adalah diperuntukkan untuk memenuhkan barang-barang jualan di dalam Pasaraya Borong MYDIN Meru Raya.
Kali ini MYDIN telah menampilkan pasar raya yang berkonsepkan Mesra Alam.MYDIN Meru Raya ini akan menggunakan Panel Solar serta lampu T5 yang lebih menjimatkan elektrik serta mesra pengguna.MYDIN juga telah merancang untuk menjadikan kawasan persekitarannya menghijau dengan pelbagai jenis tanaman pokok hiasan.
Selain Pasaraya Borong MYDIN Meru Raya ,terdapat beberapa Pasaraya Borong MYDIN yang akan dibuka di beberapa lokasi lain yang strategik.Antara lokasi lain tersebut adalah di Manjoi Ipoh (Kampung Melayu Terbesar di Malaysia) , Bukit Mertajam Pulau Pinang,Taman Rinting ,Johor Bharu ,Mutiara Rini Johor Bharu dan di Jasin Melaka tidak lama lagi.
Barisan Tulang Belakang MYDIN Meru Raya
Ayuh sempena Pembukaan Pasaraya Borong MYDIN Meru Raya,Pihak MYDIN telah membuat promosi habis-habisan dan beberapa tawaran yang menarik untuk pelanggan MYDIN. Antaranya adalah mengadakan Karnival Jelajah MERIAH .Pengunjung yang mengunjungi pasaraya ini boleh membuat kad MERIAH  untuk kegunaan pengunjung dengan tanpa bayaran (percuma).Promosi ini berlangsung selama 3 hari iaitu 18-20 Mei 2012.Selain itu beberapa tawaran hebat juga sedang berlangsung antaranya adalah. :

Ayam beserta kepala dan kaki 1Kg    :RM3.99
Udang Sederhana (M) 1Kg :RM7.99
Tomato Segar 1Kg :RM0.89
Tembikai Merah :RM0.49
Beras Cap Langsat 10kg :RM22.49
Set Gelas 6 biji :RM1.90
Baju T -Wanita :RM3.90
Dan lain-lain lagi...


Apa tunggu lagi 
MENGAPA BAYAR LEBIH? BELILAH DENGAN HARGA BORONG!
Moh kiter ramai-ramai weh ..serbu 
Pasaraya Borong MYDIN Meru Raya 
Hari ini juga!
like Fan Page Cahayakeagungan

Wakil Media Blogger Perak :P

Nur Aimi Farhana (www.senyumindah.blogspot.com)
Nur Ayu Barbydol (www.ayubarbydol.blogspot.com )

5 Komentar Cerdik Pandai...:

super d0uble F :) said...

yeah ! tadi siang da singgah sini siap jumpa zizan rajalawak :)

jelah said...

mydin yg kecik tmpat sy pon letih nk bejln..meme kne naik troli jer la..hahaha

Syakir Rahman said...

bnyk bnde aku terlepas...sbb dtg lmbt...hahahaha

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Alif Saufi said...

tlg bukak 1 cawangan di taiping,sy thu ada halangan,tp tlg bukak

Post a Comment

Follow by Email

Busuk.org!

BLOGGER LAIN

Busuk.org!