Saturday, December 15, 2012

PASARAYA BORONG BESAR MYDIN @ AGROMALL RTC GOPENG


GOPENG : Hari yang ditunggu-tunggu oleh penduduk di sekitar kawasan Gopeng,Simpang Pulai,Batu Gajah,Kampar dan sebagainya telah pun tiba. Pada hari ini (15 Disember 2012) menjadi satu sejarah yang tidak akan dilupakan apabila sebuah Pasaraya Borong Besar MYDIN telah Berjaya dibuka di RTC Gopeng. Sekitar jam 8.00pagi, kelihatan penduduk disekitar kawasan Gopeng mula membanjiri AGROMALL RTC Gopeng ini . Jelas wajah-wajah keceriaan mereka menunggu acara perasmian AGROMALL RTC  dan juga Pasaraya Borong Besar MYDIN.
Pada asalnya RTC ini dikenali sebagai Terminal Makanan Negara. Namun pada awal tahun ini (2012) pihak kerajaan telah menaiktaraf  TEMAN ini dengan nama RTC (Rural Transformation Centre) ataupun Pusat Transformasi Luar Bandar.Pada hari ini telah tercipta sebuah sejarah baru ,iaitu Pembukaan AGROMALL RTC Gopeng. Terdapat beberapa Komponen utama di dalam AGROMALL ini. Terdapatnya Pasaraya Borong Besar MYDIN dan juga AGROBAZAR yang dimajukan oleh FAMA.
AGROMALL RTC Gopeng ini merupakan nadi urus niaga bagi usahawan luar Bandar dan pusat sehenti moden khususnya kepada penduduk serta pengguna lebuhraya PLUS untuk mengalam sendiri konsep baru hentian sebelah yang menawarkan lebih sekadar pengalaman berehat dan rawat (R&R) ,tetapi mereka juga boleh membeli-belah barangan keperluan seperti barangan runcit ,segar ,tekstil,peralatan rumah, n buah-buahan disamping produk pertanian ,ternakan dan asas tani yang segar dan terus dari ladang.
Selain Itu, AGROMALL RTC Gopeng ini turut dilengkapi dengan kemudahahan sosioekonomi termasuk peluang pekerjaan,penyediaan latihan,kemahiran dalam bidang agrobisnes,pertanian dan perniagaan,penempatan pelbagai pusat perkhidmatan seperti pejabat pos,Bank Simpanan Nasional,AgroBank serta Penempatan agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara,Kiosk 1 Malaysia dan sebagainya.
Pasaraya Borong Besar MYDIN  yang ke-103 adalah terletak disini. Alhamdulillah dalam jangka masa 3 tahun Syarikat Mydin Mohamed Holdings Berhad telah Berjaya membuka 3 buah cawangan di Negeri Perak Darul Ridzuan ini. Pasaraya yang pertama merupakan Pasaraya Borong Besar MYDIN yang  terbesar di Malaysia yang terletak di Bandar Meru Raya yang merupakan “Putrajaya” Negeri Perak darul Ridzuan. Manakala Outlet yang kedua adalah terletak di sebuah perkampungan Melayu terbesar di Malaysia iaitu Gugusan Manjoi. Kini ,Pasaraya Borong Besar MYDIN yang ketiga pula terletak di dalam kawasan AGROMALL RTC Gopeng .
Apa yang uniknya adalah,AGROMALL RTC Gopeng ini terletak kira-kira 500meter dari lebuhraya Utara Selatan menghala ke Utara. Dengan kerjasama pihak PLUS, kini pengguna lebuhraya PLUS boleh masuk ke AGROMALL RTC Gopeng ini dengan  meletakkan kereta di parkir yang telah disediakan di hentian sebelah RTC. Hentian Sebelah RTC merupakan hentian yang baru dibina. Terdapat kira-kira 250 tempat letak kenderaan telah disediakan oleh pihak PLUS bagi menjayakan AGROMALL RTC Gopeng ini sebagai sebuah Pasaraya yang Mesra Pengguna.
Pasaraya Borong Besar MYDIN RTC Gopeng ini mempunyai keluasan keseluruhan 305,294 kaki persegi, di mana 63,751.30 kaki persegi daripadanya adalah terdiri daripada ruang jualan MYDIN ,18,218.02 kaki persegi untuk lot-lot kedai dan 37,779.81 kaki persegi untuk kawasan Mall.
Manakala AGROMALL pula terdiri daripada Medan Selera ‘Dapur’ dan Medan Selera ‘Singgah’ yang berkeluasan 40,136.90 kaki persegi, “Flea Market Area” berkeluasan 23,318.50 kaki persegi dan lot-lot kedai yang berkeluasan 122,089.87 terdiri daripada pasar segar dan kedai menjual barangan PKS dan agensi-agensi kerajaan (123 lot keseluruhan) . Di AGROMALL juga ditempatkan sebuah MyMart yang beroperasi 24 jam.
Untuk keterangan lanjut  dan pertanyaan..sila layari
Laman Web: www.mydin.com.my
Twitter     : www.twitter.com/mydinmalaysia

















like Fan Page Cahayakeagungan

::Semua Ilustrasi di dalam Artikel ini adalah hak milik terpelihara Cahayakeagungan.blogspot.com.
  Sebarang pertanyaan sila emel : mma_se@yahoo.com 

2 Komentar Cerdik Pandai...:

Anonymous said...

terbaik !

shila diana said...

salam..do u have any information of kedai2 yg ad kat luar mydin tu?

Post a Comment

Follow by Email

Busuk.org!

BLOGGER LAIN

Busuk.org!