!-- Mobicow.com Ad Code Start : Do Not Modify --> August 2012 | Blog Anak Jati Negeri Perak Darul Ridzuan
Featured Article

Friday, August 31, 2012

PUISI MERDEKA ikhlas dariKU Buat RAKYAT MALAYSIA



SAMBUTAN KEMERDEKAAN DI IPOH PERAK

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
LAUNGAN KERAMAT itu,laungan Pencetus Semangat Bangsa Malaysia,
Bangsa yang merangkumi Melayu,India,Cina,Sikh dan sebagainya.

BAS MERDEKA DI IPOH,PERAK


Bersempena dengan Sambutan HARI KEMERDEKAAN YANG KE-55, Setiap negeri di Malaysia akan mengadakan sebuah sambutan yang amat meriah bagi meraikan hari bahagia bagi seluruh warga Malaysia.Selama 55tahun negara kita telah merdeka daripada penjajahan kuasa asing,selama itulah teguhnya perpaduan antara kaum di Malaysia ini.Pada zaman penjajahan dahulu,Setiap kaum telah dipisahkan oleh pihak penjajah,supaya kaum-kaum yang ada tidak dapat bersatu dan tidak dapat bekerjasama sesama mereka.Penjajah pada masa itu ,menggunakan pelbagai kaedah demi menidakkan hak

Wednesday, August 29, 2012

KHASIAT AYAM SELASIH


Gallus Gallus Domesticus merupakan nama saintifik bagi Ayam Selasih Hitam /Putih .Nama panggilan lain bagi ayam ini adalah ( ayam cemani, ayam didik ,dan sebagainya ). Ayam ini banyak digunakan dalam kalangan masyarakat Cina,Melayu dan Indonesia. Ayam ini digunakan bagi tujuan perubatan tradisional bagi merawat beberapa masalah kewanitaan,terutama yang telah berkahwin atau melahirkan anak.  (Kitaran Haid tidak tetap, senggugut , monopouse , dan merupakan makanan dalam pantang selepas bersalin) .

BINATANG PELIHARAAN YANG MESRA

HARI ni DM nak kongsikan Beberapa Gambar Binatang Peliharaan DM yang DM jaga. Seronok bila dapat bergurau senda dengan mereka. Yang paling best bila main kejar-kejar...Anda ada binatang peliharaan? ayuh berkongsi dengan DM. 

ARKUS :

MAT SENTOL , MAT BOND , MAT TIGA SUKU , MAT TOYOL

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera
Salam HARI-HARI-HARI RAYA...

Semalam DM terbaca sebuah artikel di akhbar Harian Metro yang telah dibeli pada hari Ahad lalu (26 Ogos 2012)  Yang menyatakan terdapat seorang Seniman yang terkilan dengan tindakan masyarakat kini yang tidak menghiraukan beliau setelah berpuloh-puloh tahun beliau bergiat di dalam undustri seni. Suatu ketika dahulu, Seniman ini amat disukai ramai sehingga terkenal di Singapura. 
MAT SENTOL.
Insan seni tersebut dikenali sebagai "Mat Sentol" atau nama sebenarnya Mat Raship bin Yahya yang telah dilahirkan pada tahun 1933. Beliau telah dilahirkan di Muar Johor. Nama Mat Sentol diperolehi oleh beliau ,ketika mengambil bahagian dalam sebuah pementasan (perut beliau buncit kerana penuh dengan buah sentul.Apabila doktor memeriksa perut beliau,didapatinya penuh berisi buah sentul) .Kawan-kawan dan guru di sekolah memanggil beliau ,Mat Sentol. Beliau terus membiarkan orang disekeliling beliau memanggil nama tersebut kerana,beliau terasa ada kelainan dengan nama tersebut. 

Sunday, August 26, 2012

RUMAH TERBUKA "DERITA MERINDU" 2012

Assalammualaikum Pembaca Blog DM sekalian.

Pertama sekali DM ingin Menyusun Sepuluh jari kemaafan andainya terdapat silap dan salah DM semasa DM menjadi sahabat/rakan ataupun ketika DM mengendalikan 
Group DM dan Blog ini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri ,Maaf Zahir dan Batin DM ucapkan buat semua.
MEMBER-MEMBER DM..
Alhamdulillah DM dapat merasakan nikmat Berhari Raya selama 21tahun. Buat pertama kalinya juga DM membuat Rumah Terbuka secara ala-kadar. Pada mulanya DM resah menanti tetamu yang hadir. Jam sudah pun menunjukkan pukul 5petang namun tiada seorang tetamu pun yang datang ke teratak DM. Perasaan mula bercampur baur. Alhamdulillah ,sejurus selepas beberapa minit,kedengaran bunyi deruman enjin motosikal di halaman rumah DM. Tetamu pertama hadir dengan rahmat.

Saturday, August 25, 2012

BAS-BAS MALAYSIA YANG UNIK -OWESOME

Peminat bas di Malaysia pasti akan memburu bas-bas Malaysia yang makin hari semakin maju dan canggih . Bas-bas di Malaysia kini telah berada di suatu tahap yang membanggakan.



Sunday, August 12, 2012

CAYORFM -MUZIK TANPA SEMPADAN (RADIO SWASTA PERTAMA DI PERAK)

Dalam era globalisasi kini , pelbagai medium telah digunakan bagi memberikan kepuasan untuk menyampaikan maklumat serta hiburan kepada seluruh masyarakat di dunia. Pada suatu ketika dahulu, radio merupakan alat yang terpenting sekali bagi mengetahui berita-berita yang hangat dan pedas dengan cepat.Berita di Radio berbeza dengan berita yang disampaikan melalui surat khabar mahupun helaian kertas yang lain.Setelah beberapa abad selepas kemunculan radio, teknologi beralih kepada televisyen.Banyak berita yang disampaikan di kaca televisyen.Selepas kemunculan televisyen, ramai yang kurang meminati untuk mendengar berita di radio.Kepesatan teknologi telah menyebabkan kemunculan berita-berita daripada media elektronik melalui laman-laman sesawang seperti blogspot/blog-blog dan sebagainya.
www.cayorfm.org
www.cayorfm.blogspot.com

PELANCARAN OPS SELAMAT 1/2012 PERINGKAT NEGERI PERAK DI MYDIN MALL MERU RAYA

Apabila tibanya musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri ataupun Tahun Baru Cina,sudah pastinya jalanraya akan menjadi sesak dengan kehadiran kenderaa-kenderaan yang hendak pulang ke kampung halaman masing-masing. Tahun demi tahun pelbagai aktiviti serta program yang dijalankan oleh kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya semasa musim perayaan.Ops Sikap telah diperkenalkan pada setiap tahun.Melalui Ops Sikap juga pendidikan mengenai kesedaran keselamatan jalan raya dapat diberikan kepada pengguna jalan raya secara lebih dekat.Kini nama Ops Sikap telah bertukar menjadi Ops Selamat.


Majlis Pelancaran Ops Selamat 1/2012 Peringkat Kebangsaan telah dilancarkan pada 10.8.2012 yang lalu yang bertempat di Dataran Shah Alam,Seksyen 14,Shah Alam,Selangor Darul Ehsan.Ops Selamat kali ini dijalankan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.
REPLIKA SEORANG POLIS TRAFIK
Pada petang tadi (Ahad -12.8.2012) telah berlangsungnya Majlis Perasmian Ops Selamat 1/2012 bagi Peringkat Negeri Perak di Pintu Utama Mydin Mall Meru Raya.Majlis Perasmian ini dirasmikan oleh Yang Behormat Dato’ Hj Ramli bin Zahari yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Perak serta merangkap ADUN Manong.Turut Hadir bagi memeriahkan majlis adalah Ketua Polis Perak.
GERAI PAMERAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
Ops Selamat ini bermula pada 12 Ogos 2012 sehingga 26 Ogos 2012.Slogan bagi Ops Selamat pada kali ini adalah “ RUMAH SELAMAT,SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI”.Objektif bagi Ops Selamat ini adalah bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya serta pada masa yang sama dapat melancarkan jaringan trafik dan dapat mencegah daripada berlakunya jenayah di musim perayaan pada kali ini.

Monday, August 6, 2012

GHAIRAH BERPOLITIK ,PATRIOTIK DIKETEPIKAN...

Salam Perak Aman Jaya ,
Salam Perak Negeri Berkebajikan 
Salam Ramadhan,Salam DM buat semua .

Tajuk Entry DM pada kali ini adalah tajuk yang agak sensitif sebenarnya untuk diperkatakan secara umum.Namun belakangan ini DM merasakan Tajuk ini sesuai bagi disiarkan di blog DM .Tajuk Entry pada kali ini "GHAIRAH BERPOLITIK,PATRIOTIK DIKETEPIKAN".Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Malaya/Tanah Melayu telah mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.Kemerdekaan telah berjaya dicapai setelah mendapat persetujuan daripada Pihak British yang menjajah Malaya pada ketika itu dengan mengikut beberapa syarat-syarat yang tertentu.Alhamdulillah Perdana Menteri Pertama Malaysia iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berjaya membawa Malaya ke arah kemerdekaan.Sudah 55tahun Malaysia Merdeka daripada penjajahan "Orang Luar".Tahun demi tahun, Malaysia maju dengan mengukir nama di mata dunia.Malaysia Maju dengan Pelbagai Pencapaian yang telah berjaya membuka mata Negara-negara luar bahawa Malaysia mampu bersaing dengan Negara-negara maju yang lain.

Merdekanya sebuah negara yang bernama MALAYSIA!

Saturday, August 4, 2012

BUBUR LAMBUK PERCUMA ? YA DI MYDIN MALL MERU RAYA!



FOTO-FOTO SEKITAR MAJLIS PENYERAHAN BUBUR LAMBUK MAGGI dan MYDIN MOHAME HOLDING BERHAD :

TARIKH:4 OGOS 2012 (SABTU)
MASA   :4.00PTG - 6.OOPTG

MAGGI JULANG SEMANGAT RAMADHAN KONGSI JUADAH BUBUR LAMBUK DI MYDIN MALL MERU RAYA

IPOH-(4 OGOS 2012) -MAGGI iaitu jenama mee segera yang termasyur di negara kita telah berkesempatan melakukan suatu aktiviti amal sempena 100tahun penubuhan Nestle.Bagi MYDIN dan MAGGI ,ramadhan adalah masa yang tepat untuk membantu golongan yang memerlukan ,dimana- kedua-dua syarikat ini bekerjasama erat sejak tiga tahun lalu bagi mengedarkan bubur lambuk-bubur istimewa yang telah disediakan secara gotong-royong dan tradisional sebagai juadah bagi berbuka puasa ke serata malaysia dan mengadakan Majlis Amal Berbuka Puasasa untuk anak-anak yatim.
MAJLIS PENERAHAN BUBUR LAMBUK

MAJLIS PENGAGIHAN BUBUR LAMBUK MYDIN&NESTLE

Sekali lagi Pihak MYDIN MOHAMED HOLDING BERHAD bersama-sama NESTLE melakukan sebuah projek amal bagi memeriahkan lagi bulan Ramadhan yang mulia ini.Pada hari ini (Sabtu ) (4 Ogos 2012) Majlis Pengagihan Bubur Lambuk MYDIN dan Nestle telah diadakan di MYDIN Mall Meru Raya,Perak.Tetamu Jemputan merupaka Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak Iaitu Dato' Seri Diraja Dr Zambri Bin Abdul Kadir.Ramai Pengunjung Pasaraya MYDIN Teruja dan seronok dengan Program seperti ini.Bubur Lambuk tersebut disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak. 
DM di Perkarangan "Gua Tempurung"

Friday, August 3, 2012

MERDEKANYA MALAYA 31 OGOS 1957 !


Nak cerita pasal merdekanya Malaya pada 31 Ogos 1957 bukan benda yang senang.Walaupun DM telah belajar semasa di Tingkatan 6,Namun DM masih ragu-ragu untuk menceritakan semula takut-takut terdapat fakta yang salah dan mungkin akan memberikan kesan terhadap sejarah tersebut.Oleh sebab itu DM mencari maklumat di Google.com dan DM sampaikan kepada anda semua .
KERETA PERDANA MENTERI

UPACARA PENGISYTIHARAAN
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di stadium yang baru dirasmikan iaitu Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah menyaksikan peristiwa bersejarah bagi Tanah Melayu iaitu secara rasminya penyerahan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu daripada pemerintahan British kepada warganegara Tanah Melayu.

Thursday, August 2, 2012

KAMPAR DAERAH BONGSU PERAK

Salam Perak Aman Jaya..
Lama sungguh tak gunakan ayat diatas bagi setiap entry-entry DM.Apa khabar semua? anda sihat? Ramadhan anda bagaimana? Harap semua baik-baik belaka.
Kali ini DM ingin berkongsi sedikit pengalaman mengenai Daerah Bongsu Perak,iaitu DAERAH KAMPAR.
DM baru sahaja dilantik menjadi Pembantu Kesihatan Awam yang bergred U17 .Alhamdulillah DM kini telah mula bertugas di Negeri DM sendiri.Biasalah anak jati Perak Senantiasa Bersama PERAK DARUL RIDZUAN.Kini DM bertugas di Pejabat Kesihatan Daerah Kampar .Pejabat ini terletak di Klinik Kesihatan Kampar yang terletak di sebelah jalan untuk ke Mambang Di Awan ataupun Teluk Intan.Sudah dua hari DM berulang dari Ulu Kuang ke Kampar sejauh 60km..Memang penat rasanya.Namun Jiwa remaja tetap menganggap bahawa 60km hanyalah dekat sahaja. 

Menara Jam Kampar
Menurut Wikipedia Tentang Daerah Bongsu Perak ini :

Follow by Email

Busuk.org!

BLOGGER LAIN

Busuk.org!

CAHAYA KEAGUNGAN_since 2010. Powered by Blogger.